Bahasa Inggeris

Pendahuluan

Pilihan sekolah ialah Bahasa Inggeris sebagai Kebitaraan Sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa SK Subang Jaya menempa banyak kejayaan dan boleh dikatakan keistimewaannya terletak pada Choral Speaking.

Boleh dikatakan bertahun-tahun pertandingan dijalankan dan sekolah sentiasa mendapat kedudukan dalam apa jua pertandingan yang ditandingi. Ketika dijalani pada awal Januari dan murid-murid adalah sangat aktif dan bekerja sepasukan antara guru-guru, murid-murid dan ibu bapa sentiasa mesra dan baik.

Keputusan pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR yang sentiasa mencapai 90% ke atas adalah satu indikator di mana kebanyakan murid di SK Subang Jaya boleh berbahasa Inggeris. Ini juga merupakan satu inisiatif pihak sekolah untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Selain daripada di atas, lokasi sekolah terletak di bandar juga memainkan peranan yang penting dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Mereka amat berminat bertutur dan berbincang dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Guru yang mengajar Bahasa Inggeris ialah guru-guru yang bertauliah dan berpengalaman. Mereka telah mengajar Bahasa Inggeris lebih daripada 10 tahun.

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

1. Penggunaan Akhbar “Newspaper In Education” (NIE)

Surat khabar ini digunakan dalam pengukuhan USPR. Pihak sekolah akan menggunakan program NIE sebagai satu bahan dalam poses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam kelas Tahun 6.

Penggunaan surat khabar ini juga digalakkan sewaktu program Nilam dijalankan pada setiap pagi 7.10-7.40 a.m.

Pihak sekolah juga telah mengistiharkan hari Isnin sebagai hari memartabatkan Bahasa Malaysia dan hari Selasa sebagai hari memperkukuh Bahasa Inggeris.

2. Program Bercerita Waktu Perhimpunan

Program MBMMBI, pihak sekolah atau Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah mengambil inisiatif dengan menjemput murid untuk bercerita dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan rasmi diadakan.

Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada murid untuk mahir dalam dua bahasa. Di samping itu, program turut dapat menyediakan murid dan memilih di antaranya untuk penyertaan bagi pertandingan bercerita peringkat daerah setiap

PROGRAM-PROGRAM KEBITARAAN BAHASA INGGERIS

1. SCORE A PROGRAMMES

OBJEKTIF:

Membantu pelajar mendapat Gred A dalam UPSR dan meningkat peratus lulus dan peratus A dalam peperiksaan UPSR.

Murid menggunakan pembelajaran e-learning.

2. THE RIGHT ROAD PROGRAMMES

OBJEKTIF:

Meningkatkan pemahaman dan mempelajari kaedah menjawab soalan dengan tepat dan betul di samping meningkatkan motivasi murid.

3. TEACHERS ON TRACK PROGRAMMES

  • MELTA MEMBERS

OBJEKTIF: Mendaftar guru Bahasa Inggeris sebagai ahli Melta

  • MEETING CHALLENGES

OBJEKTIF: Memberi motivasi kepada guru untuk menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran.

4. GIFT OF THE GAB PROGRAMMES’

  1. BENGKEL ‘STORY TELLING’
  2. BENGKEL ‘PUBLIC SPEAKING’
  3. LATIHAN ‘CHORAL SPEAKING’
  4. LATIHAN ‘ACTION SONGS’

OBJEKTIF :

  • Meningkatkan kemahiran murid bercerita dan berpidato
  • Mencungkil bakat murid dalam bercerita
  • Meningkatkan minat murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan
  • Membuat latihan ‘Choral Speaking’ dan ‘Action Songs’ sepanjang tahun.

5. EXPRESS A PROGRAMMES

OBJEKTIF:

Meningkatkan kemahiran dan mempelajari kaedah menjawab soalan dengan betul dan tips untuk SASARAN A.

6. BILIK AKTIVITI BAHASA INGGERIS

OBJEKTIF:

Menyediakan ruangan khas bagi Kebitaraan Bahasa Inggeri menjalankan aktiviti.