Kokurikulum Olahraga

Pendahuluan

Pilihan sekolah untuk kebitaraan korikulum yang kedua ialah olahraga di bawah bidang Sukan dan Permainan. Pasukan olahraga SKSJ mula menjalankan latihan dengan melibatkan murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Penyelaras Kebitaraan Olahraga ialah Encik Amirrudin bin Abdul Rashid dan dibantu oleh Puan Noor Azlinda bt Abd Jalil yang merancang semua aktiviti untuk mencemerlangkan pasukan olahraga sekolah. Jawatankuasa Induk Kebitaraan Olahraga sentiasa berusaha keras bagi memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.

PROGRAM-PROGRAM KEBITARAAN OLAHRAGA

1. KLINIK OLAHRAGA

OBJEKTIF:

  • Memperkenalkan sukan olahraga dan melahirkan minat bagi murid Tahap Dua.
  • Meningkatkan kecergasan dan disiplin pelajar.

2. KLINIK TUNAS OLAHRAGA

OBJEKTIF:

  • Melatih murid seawal umur 8 tahun sebagai persediaan awal.
  • Memberikan pendedahan kepada atlet olahraga tentang latihan olahraga.
  • Meningkatkan stamina murid.

3. PROGRAM PEMBANGUNAN JURULATIH (SEMUA GURU DAN PENTADBIR)

OBJEKTIF:

Memberi pendedahan kepada semua guru tentang teknik untuk melatih murid dengan kaedah yang betul dalam sukan olahraga.

4. PROGRAM PENDEDAHAN ATLET (KEJOHANAN JEMPUTAN)

OBJEKTIF:

  • Persediaan sebelum kejohanan peringkat daerah.
  • Mendidik dan mendisiplin atlet untuk melakukan latihan secara konsisten.
  • Memberi pendedahan kepada atlet tentang iklim persaingan dengan atlet dari sekolah lain.

5. PROGRAM PEMANTAPAN ATLET OLAHRAGA

OBJEKTIF:

  • Memberi pendedahan kepada atlet tentang teknik & kemahiran dalam olahraga.
  • Memberi ruang & pengalaman kepada ATLET melakukan latihan di luar kawasan sekolah.

6. BILIK OLAHRAGA

OBJEKTIF:

Menyediakan bilik bagai penyimpanan peralatan serta bahan untuk kebitaraan olahraga.