Kemudahan dan Bilik Khas

Pusat Sumber Sekolah

Bahan-bahan buku dan bahan-bahan bukan buku yang pelbagai di dalam Pusat Sumber dapat mendedahkan warga sekolah dengan maklumat dan pengetahuan yang muktahir dalam pelbagai bidang. Pusat Sumber Sekolah mula dinaiktaraf dalam tahun 2013.

Bilik Media

Kemudahan bilik media disediakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran murid–murid dengan menggunakan bahan media elektronik. Pengajaran dapat dijalankan dengan lebih interaktif dan efektif.

Bilik Muzik

Untuk memastikan murid berpeluang mengembangkan potensi diri dalam aspek seni dan kebudayaan. Bilik muzik dilengkapi dengan pelbagai peralatan muzik yang terkini supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Bilik Carta

Semua carta yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran disimpan secara sistematik di dalam bilik khas untuk memudahkan pengambilan dan pemulangan bahan bantu mengajar.

Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Bilik ini disediakan untuk sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah dari segi disiplin dan akademik. Guru Bimbangan dan Kaunseling merupakan seorang fasilatator yang mudah didekati dan murid yang bermasalah boleh datang secara sukarela atau kes yang telah dirujuk daripada guru.

Bilik Pemulihan

Bilik pemulihan berfungsi sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti pemulihan kepada murid-murid dalam mengukuhkan kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). Bilik ini berkongsi bilik dengan bilik LINUS. Program Tunas Permata ( sukarelawan ibubapa juga menjalankan program di sini.

bilik spbt (BOSS)

Bilik ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan sementara buku-buku teks sebelum diedarkan kepada murid-murid. Amalan ‘Sayangi Buku’ selalu diterapkan kepada semua murid.

STOR SUKAN

Bilik ini digunakan untuk menyimpan semua peralatan permainan dan sukan. Setiap peralatan disusun dengan rapi dan kemas untuk memudahkan penggunaan dan penyelenggaraan.

Bilik Sains

Bilik Sains digunakan untuk memberi kemudahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains dengan berkesan. Pembelajaran yang melibatkan ujikaji dijalankan di dalam bilik sains. Semua peralatan dan bahan ujikaji akan disimpan di dalam rak yang disediakan. Bilik Sains yang kondusif dapat menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengamalkan pemikiran aras tinggi (HOTS-HIGH ORDER THINKING SKILL).

bilik kemahiran hidup

Semua peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran disimpan di tempat yang dikhaskan agar bengkel lebih selamat dan mudah digunakan. Bilik ini lebih kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Makmal Komputer

Kemudahan Makmal Komputer yang lengkap dan selesa membolehkan murid mendalami ilmu atau lebih celik dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Bilik ini juga digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perkembangan staf dari semasa ke semasa. Keselamatan ICT diterapkan di setiap komputer di mana setiap komputer dibekalkan sistem keselamatan "Antivirus & Malware" Sophos. Selain daripada itu kemudahan untuk penggunaan Microsoft Office 365 versi terkini dan juga Google Apps bagi Sekolah juga diterapkan di dalam memperkasa makmal komputer SK Subang Jaya. Ianya adalah kerjasama sumbangan dari rakan KSIB PIBG SKSJ pada tahun 2017.

BILIK SAKIT

Bilik Sakit ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada murid yang mempunyai masalah kesihatan. Murid-murid yang berkenaan akan ditempatkan sementara di sini sebelum dihantar ke klinik atau menunggu kehadiran ibu bapa . Guru yang bertugas akan memberi rawatan dan tindakan awal terhadap murid yang mempunyai masalah kesihatan.

KLINIK GIGI

Perkhidmatan Klinik Gigi sekolah ini dikendalikan oleh pihak Pusat Kesihatan Kecil, Kelana Jaya. Di sini pemeriksaan dan rawatan gigi dijalankan secara berkala untuk semua murid. Klinik Gigi juga dinaiktaraf pada tahun 2013.

SURAU

Kemudahan surau bagi memenuhi tuntutan agama dan kemudahan menjalankan aktiviti agama. Surau yang bersih dan selesa amat dihargai bukan sahaja oleh warga sekolah malah penduduk islam setempat.

Bilik Linus

Bilik Linus dikhaskan untuk murid yang tidak melepasi saringan semasa dalam tahun 1, 2 dan 3. Program ini merupakan sub-nkra pendidikan untuk bidang keberhasilan negara dalam pendidikan. Pihak sekolah harus mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian bagi program linus.

BILIK PBS

Bilik PBS ini menyediakan tempat yang khas untuk guru-guru memasukkan bahan-bahan pembelajaran (evidens) dalam fail-fail murid. Bilik ini memudahkan pengurusan dokumen penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Laluan "Walk of Fame"

Ruangan ini baru diubahsuai pada bulan September 2013. Ruangan ini dilengkapi dengan semua laporan program dan kejayaan kebitaraan sekolah. ‘Pictures speaks a thousand words’.

Pergola lestari

Pergola Lestari merupakan pondok yang dibina di taman yang berhampiran pondok pengawal dan pintu utama sekolah. Pergola Lestari dibina untuk murid bersantai sementara menunggu pengangkutan untuk pulang selepas sesi persekolahan.

KANTIN SEKOLAH

Kantin yang indah dapat menceriakan warga SK Subang Jaya. Kantin ini dinaiktraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal Januari 2013. Kemudahan bangku dan meja ini merupakan sumbangan daripada individu dan ibu bapa murid. Murid sentiasa dapat makan dalam keadaan bersih dan ceria.

PRA SEKOLAH

Pra sekolah mula beroperasi dan perluasan bermula pada tahun 2012. Pengambilan murid seramai 25 orang yang terdiri daripada anak-anak yang berumur 5 tahun dan 6 tahun.

dewan sekolah

Kemudahan dewan sekolah ini dibina hasil daripada sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Subang Jaya. Penggunaan dewan ini dapat memberikan ruang yang selesa untuk murid-murid menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Dewan Sekolah telah dinaiktaraf oleh PIBG pada tahun 2013.