Sejarah Sekolah

Sekolah ini merupakan sekolah pertama di Subang Jaya dan mula beroperasi pada tahun 1981 bertempat dalam Daerah Petaling Perdana, Selangor. Terdapat 3 kaum utama yang menuntut di SK Subang Jaya, iaitu Melayu, Cina dan India. Sekolah ini juga merupakan sekolah rintis yang menawarkan pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan.

Sekolah ini terdiri daripada 2 sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Enrolmen murid pada masa kini berjumlah 856 orang murid sahaja. Pada tahun 2012 bermula prasekolah di SK Subang Jaya di mana 1 bilik darjah disediakan dan pengambilan dihadkan seramai 25 orang murid.

Pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013, sekolah dianugerahi dengan Tawaran Baru untuk Guru Besar. Tahun 2013 merupakan satu tahun yang paling istimewa kerana sekolah berjaya dianugerahi dengan Sekolah Kluster Kecermerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada masa itu, sekolah menerima RM 250,000. ‘Niche area’ adalah Bahasa Inggeris dan Olahraga.

Kejayaan sekolah

Sekolah Kebangsaan Subang Jaya telah menempa nama dalam pelbagai kejayaan dalam aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kebersihan, keceriaan dan pelbagai kejayaan dalam aspek pembangunan pendidikan yang lain.

Berikut ialah senarai anugerah yang pernah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Subang Jaya:

Anugerah SKSJ