Ucapan YDP PIBG

AFENDI BIN DENIEL

YDP PIBG SK SUBANG JAYA

SESI 2017-2018

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya maka terbinalah laman web Sekolah Kebangsaan Subang Jaya (SKSJ) ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biro IT Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKSJ kerana telah berjaya mewujudkan laman web SKSJ.

Dengan adanya Laman Web ini, diharapkan ia akan menjadi media komunikasi dan maklumat yang dinamik dan aktif dalam menyemarakkan lagi hubungan antara sekolah dan warganya. Ini termasuklah antara sekolah dan murid-murid, ibubapa, PIBG, rakan-rakan dan sebagainya. Bagi pihak sekolah dan PIBG pula, laman Web ini harus dijadikan antara saluran untuk menyalurkan maklumat dan berkomunikasi dengan ibubapa, murid-murid dan masyarakat. Saya amat berharap ianya akan digunakan dengan aktif dan dipenuhi dengan pelbagai maklumat mengenai sekolah, akitiviti-aktiviti sekolah, murid-murid, guru dan PIBG.

Sokongan Ibu Bapa UPSR 2017

Antara Sukarelawan Ibu Bapa Sukan 2017

Adalah menjadi hasrat dan matlamat PIBG untuk bekerjasama dengan pihak pentadbiran SKSJ dalam usaha memberi pengetahuan kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh PIBG dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah ke arah “Sekolah Berprestasi Tinggi” pada masa akan datang. Sokongan yang diberikan oleh PIBG sama ada dalam bentuk material atau pun moral diharapkan dapat membantu SKSJ merealisasikan matlamat dan harapan ini.

Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut, PIBG akan sentiasa memberikan kerjasama yang diperlukan. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ahli-ahli PIBG untuk bersama-sama memberikan idea, pendapat atau maklum balas kepada PIBG dalam usaha kita membantu pihak pentadbiran sekolah menjalankan tanggungjawab mereka.

Semoga dengan terbinanya laman web ini, dapatlah pihak sekolah menyalurkan segala informasi terkini berkaitan aktiviti sekolah dan PIBG kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana. Di samping itu juga, para ibu bapa dan masyarakat di luar sana bolehlah memberikan tindak balas secara langsung tentang hal yang berkaitan dengan sekolah melalui laman web ini.

Kerjasama Pintar SK Subang Jaya dgn Sri Kuala Lumpur

Perasmian Sukan SK Subang Jaya 2017

Akhir kata, saya berharap agar semangat kerjasama dan sikap bersatu padu yang sedia terjalin dari dulu hingga kini akan terus dikekalkan bagi meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SKSJ. Saya juga mendoakan semoga semua guru dan pelajar-pelajar SKSJ dilindungi oleh Allah dan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang akan diceburi nanti.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

AFENDI BIN DENIEL

YDP PIBG SK SUBANG JAYA