Kekuatan Sekolah

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Semenjak ditubuhkan PIBG bergerak aktif dalam memberi sokongan dan sumbangan kepada pihak sekolah. Sebahagian besar daripada kejayaan sekolah semenjak 36 tahun ditubuhkan sedikit sebanyak adalah perkongsian antara pihak PIBG dan juga pihak sekolah khasnya. Kepentingan peranan PIBG kepada pihak sekolah untuk membantu peningkatan kualiti pendidikan keseluruhannya adalah jelas. Dengan adanya gabungan tenaga dan sokongan padu daripada ibu bapa, beberapa program peningkatan pencapaian murid dalam semua bidang telah dapat dilaksanakan.

Sebagai sebuah badan yang sentiasa memberikan sokongan kepada pihak sekolah tentulah pihak PIBG berusaha untuk membantu pihak sekolah mencapai kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun . YDP bersama keanggotaan jawatankuasanya seramai 17 orang ahli yang terdiri daripada ibu bapa dan guru, sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam apa-apa juga aktiviti sekolah. Antara sumbangan PIBG ialah Dewan Sekolah, majlis solat hajat, bengkel teknik menjawab dan sesi-sesi motivasi kepada pelajar dan penjaga.

Pada 25 September 2016, pihak PIBG SK Subang Jaya dan pihak sekolah telah menganjurkan Senamrobikthon 2016 di mana program tersebut adalah program kutipan dana dijalankan selama sebulan bagi dari Ibu Bapa, syarikat korporat dan lain lain. Matlamat kutipan adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM60,000.00 bagi membaiki penghawa dingin dan komputer, meluaskan liputan penggunaan internet bagi meningkatkan penggunaan VLE Frog di peringkat sekolah, mengumpul sumber untuk membaiki atap dewan dan juga atap laluan jalan kaki ke kantin sekolah. Progam tersebut berjaya mengutip jumlah sasaran.

Pada tahun 2011 pihak PIBG SK Subang Jaya dan pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Malam Amal bersama artis tempatan iaitu Zainal Abidin untuk mengutip derma bagi 2 orang murid yang menghidap penyakit kanser. Program ini merupakan satu usaha yang sangat bermakna kepada semua warga di SK Subang Jaya.

Majlis Malam Amal

Lions Club Subang Jaya

1.Program sekolah anak angkat telah dijalinkan dengan Lions Club Subang Jaya lebih daripada 20 tahun. Setiap tahun, pihak Lions Club Subang Jaya akan memberi sumbangan lebih daripada RM2,000 untuk menjayakan Hari Anugerah Cemerlang.

2.Lions Club Subang Jaya juga memberi sumbangan kerusi dan meja murid untuk 3 buah kelas yang berjumlah lebih daripada RM10,000.

3.Pernah seketika Lions Club Subang Jaya telah mengadakan penjualan sayur-sayuran sebagai jualan amal pada Hari Terbuka di mana jumlah pendapatan hasil jualan pada hari tersebut disumbangkan kepada pihak sekolah.

Jualan Amal Sayur Sayuran (LIONS CLUB)